Ekonomi dan Pemerintahan Metrofulus

Mahkamah Metrofulus.

Negara ini diketuai oleh Presiden iaitu Presiden Ramlan (Pelakon: Jalaluddin Hassan) yang dibantu oleh lima orang menteri. Terdapat juga seorang Datuk Bandar Metrofulus (Sathiya).Cukai di Bandar Metrofulus mungkin menghidupkan kontroversi jika Bandar Metrofulus benar-benar wujud kerana semua peralatan elektrik seperti oven dan peti ais mempunyai cukai tinggi yang wajib dibayar oleh semua pemiliknya. Rakyat tidak dibenarkan untuk komen atau bantah perkara ini. Kenaikan cukai dan tol (sehingga 100%) tidak menjadi kejutan lagi kepada rakyat Metrofulus kerana perkara sebegini sudah kerap kali berlaku. Kontroversi yang paling hangat ialah harga yang perlu dibayar oleh semua untuk melintas jalan. Fulus merupakan matawang fiksyen yang digunakan di Bandar Metrofulus.

Klon Technologies yang diketuai oleh Profesor Klon (Pelakon: Aznil Nawawi) menikmati monopoli eksklusif sains, teknologi, dan khidmat perubatan. Syarikat ini juga menerima sumbangan bernilai jutaan fulus untuk memajukan lebih banyak vaksin baru. Turut berlaku bahawa Profesor Klon merupakan kroni Presiden Bandar Metrofulus.

Mahkamah Metrofulus pula mempunyai rekaan klasik Eropah dan mempunyai moto "Adil dan Saksama".